Sana Sini Situ Marea

Yey! Abah dah keluar hospital!

Friday, August 19, 2011

First.. Alhamdulillah abah dah keluar hospital. Semalam abah discharge setelah 15 hari abah duduk kat hospital n mak pun +-30 kali ulang alik ke hospital jenguk abah. Sebelum ni doktor ade bagi tau suruh abah buat tapak untuk hemodialysis .. dan berita yang amat baik juga sehari sebelum abah discharge doktor bagi tau supaya tak perlu terburu2 untuk buat tapak. Alhamdulillah mintak2 abah tak perlu buat hemodialysis.

oh lupe entry sebelum ni ade cerita pasal nak pindahkan abah ke wad 1st class. selang 2 hari abah dapat pindah wad. Lebih selesa bilik air-cond dan sebilik ade 3 orang. Batuk2 abah semakin berkurangan, kaki dah tak bengkak, buang air pun dah lawas, tido pun lebih lena. Alhamdulillah sangat2.

Walau bagaimanapun kami tetap berdoa supaya abah bertambah sihat dan tak perlu untuk buat hemodialysis. Amin (^__^)"

You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE

Popular Posts

Like us on Facebook